Saturday, September 17, 2011

Diam


Serangkap bicara,
Sambil menuding rakus atas secebis kesalahan.
Berbalah keduanya,
Menular merebak membawa pentaka.
Damai itu,
objektif.
Dipilih untuk diketepi.
Bukan menjadi satu aspirasi.
Dari gegak dua manusia,
Beratus lidah mula bersuara,
lontaran suara makin lantang terdengar,
Banyak yang bingit dari yang lembut.
Solusi bukan lagi di cari, malah di tolak tepi!
Wahai insan kerdil di muka bumi,
Mengapa perlu bertelagah?
Apa yang kau jumpa akhirnya mati. Bukan si pemenang debat itu kekal abadi.
Ilahi juga kita kembali..


Friday, September 9, 2011

Pandai yang. . . .


Jadi sejarah Malaya telah di putar belit? Sejarahwan sendiri putar belit. Mana ada perjanjian di jajah wujud dalam dunia. . . 

BH, Varsiti (8 sept 2011)

Karya "rangkak merdeka" telah di siarkan..

Rangkak merdeka ada tersirat. . . =)

Tuesday, September 6, 2011

SUNDAY, MAY 3, 2009 (re-posting)


SUNDAY, MAY 3, 2009

perkaitan antara PPSMI dan remaja.

pada masa kini, prosess pembelajaran dan pengajaran bagi subjek matematik dan sains adalah didalam bahasa inggeris. bermula pada tahun 2003 dan target program baru ini adalah pelajar tingkatan 1 dan darjah 1 pada tahun tersebut. saya merupakan sesi pertama yang mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris. pada awalnya agak sukar untuk memahami matapelajaran tersebut. ujian pertama saya gagal bukan kerana saya tidak memahami. tetapi kerana saya gagal menguasai bahasa inggeris. tetapi akhirnya alhamdullilah saya dapat memahami serba sedikit walaupun semakin menyampah dengan pelajaran dalam bahasa inggeris.(hahaha)

ini bagi saya, namun. cuba fikirkan bagi mereka yang memang langsung tidak menguasai bahasa. mereka sebenarnya cuba untuk belajar tetapi atas sebab bahasa. mereka mula hilang minat terhadap pelajaran. kesannya, lahirlah mat rempit muda yang berbaju sekolah membuat aksi weekang dan sebagainya. gejala ponteng da pelbagai lagi masaalah sosial dikalangan remaja makin menular. ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sendiri.

saya mempunyai seorang rakan dimana ketika di sekolah renda adalah diantara kanak2 pintar namun apabila melangkah ke sekolah menengah, tersungkur kerana minat untuk belajar hilang.

masaalah sebenarnya ialah, pihak yang bertangunggjawab dalam soal PPSMI ini harus menitik berat kan pemahaman pelajar dan memupuk minat untuk belajar kepada pelajar. ini kerana hanya dengan suntikan minat sahaja yang mampu mengurangkan masaalah disiplin dan sosial dikalangn pelajar terutamanya pelajar melayu. bukannya menekan kan penguasaan bahasa sahaja.

jadi, sebenarnaya. tindakan menukar bahasa pengantar adalah lebih merugikan sebenarnya. memang tidak dinafikan bahasa inggeris mampu menjana pelajar yang mampu berdaya saing di peringkat global. namun fikirkan nasib yang hanya mampu menguasai dan memahami pelajaran dengan menggunakan bahasa kebangsaan. ini berlaku namun tidak dipantau. sudahlah markah peperiksaan sahaja yang menentukan jatuh bangunnya seorang pelajar. seharusnya pelaksanaan ini harus dikaji semula. berapa pelajar cemerlang yang dapat dihasilkan dan berapa pelajar yang akan terkandas.

pada permerhatian saya. lebih ramai pelajar yang sebenanrya pintar terkandas lalu terjerumus kedalam masaalah sosial. ini adalah amat menyedihkan dan satu pembaziran tenaga manusia secara besar-besaran.

tidak hairanlah mengapa orang2 ternama seperti A Samad Said turut membangkang PPSMI. kerana mereka sedar ini akan menghancurkan separuh dari golongan remaja terutamanya melayu.

akhir sekali. saya amat dukacia apabila nasib anak remaja ini dijadikan bahan politik bagi sesetengah pihak yg tidak bertanggungjawab!!! mereka seharusnya sedar jawatan yang mereka ada bukan bereri semua perkara yang sampai ditangan mereka harus dipolitik kan! sepatutnya tidak kira pembangkang atau kerajaan perlu memandang serius masaalah generasi akan datang ini supaya Malaysia terus gah di mata dunia.

FIKIRKANLAH SESUATU PERKARA DENGAN RASIONAL DAN FIKIRKAN IMPAK NYA WALAUPUN PERKARA ITU NAMPAK REMEH!

Meletus si pengebom masa

Mengalir sungai ada pasang surut.
Masa?


Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..

Awas. Masa megalir tidak akan boleh ditebus. Hatta sekaya mana manusia namun tidak mampu membeli masa walau hanya sesaat yang telah berlalu. Jika enggan masa itu tersia, maka merancanglah dengan masa untuk masa akan datang.

Andai bom masa meletus. Itu noktah bagi bumi..