Monday, August 29, 2011

Jendela Aidilfitri

Termangu melihat langit,
Mengenang Ramadhan kini berakhir.

Lantas terfikir,
Apa amalan ku?

Di jendela Aidilfitri,
Aku sesal dengan khilaf diri.

Ya Allah,
Permudah kan jalan hidupku ini.
Tingkatkanlah iman,
Berilah petunjukMu,
HidayahMu.

Berkatilah segala amalan,
Ampuni segala kesalahan..

Amin.. 


Monday, August 22, 2011

Rangkak Merdeka

Menyusuri perlahan sejarah perjuangan,
Menyelam dari permukaan hingga ke dasar,
Dari satu langkah menderap mencapai matlamat merdeka.
Dari tinta hingga yang berkorban nyawa.
Keringat sang pejuang lecun membasahi tanah bertuah.

Dari selangkah itu,
Rangkak merdeka sudah bermula.
Dalam mencari makna kebebasan dalam batasan,
Mainan durjana cuba dihentikan.

Kini, telah kita lena dalam keamanan.
Jangan lupa sujud syukur pada tuhan.
Kerana malam yang sunyi,
Mungkin ada hujan siap untuk menerpa,
Membawa gempitanya tidak berhenti.

Kita sedang bertatih memahami sejarah,
Sejarah yang penuh kebenaran atau penipuan.
Mungkin di sana kita ini bangsa hamba.
Namun sematkan dalam jiwa,
Kita warga merdeka.
Mula dari rangkak merdeka.


Monday, August 15, 2011

coretan


Coretan hidup,
Kadang bermakna kadang tak berguna.

Namun setiap coretan bukan kosong.
Walau di coret dengan "0", 
Namun kadang bukan omongan kosong.

Yang tersurat mudah di baca, 
Namun yang tersirat perlu di kira.

Dalam coretan ada ekspresi,
Identiti.




Saturday, August 13, 2011

Tanpa tajuk =)

Dari seukir senyuman,
Datang dia membawa sebuah harapan,
Di ulit rapi dengan hamparan kelembutan.

Di subuh ini,
Secangkir memori menimbun menggunung,
Memikirkan,
Adakah luka yang di bawa?
Atau penawar racun berbisa?

Dia muncul dalam hidup,
Dari jarak berbatu,
Hingga hampir sejari.

Senyumanya membuat diri tenang,
Memori bersama buat aku senang .



Hujan disebalik Anugerah Allah, Hujan oh Hujan


Hujan yang turun bagaikan mutiara melimpah ke alam maya ini. BEtapa nikmat dan rahmat Allah ini tidak dpat disangkal-sangkal lagi. Allah jualah yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.

Tetapi kita....
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar
bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca
buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa
hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
- Habislah banjir kilat lepas ni!!!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan
dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram
ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat
manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan
turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan.
Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat
pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan
hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf
dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita
tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang
tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 1)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru
hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada
kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian,
air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua
rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air
(hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya." (al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi
dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan
(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)



p/s:http://hu-allah.blogspot.com/2011/04/hujan-disebalik-anugerah-allah-hujan-oh.html

Wednesday, August 10, 2011

Dunia Konspirasi

Adakalanya, kita terfikir akan yang benar itu salah dan yang salah itu benar. Bagaimana perkara ini berlaku?


Pelbagai bentuk provokasi dan propaganda telah berjaya terlaksana oleh golongan yang ingin melawan 'takdir'. Mereka ini mungkin ditentang secara pandangan kasar, namun secara halus kita berjaya di jajah mereka. Konspirasi kini berlaku di mana-mana sahaja tanpa di duga.


Lemah dalam penguasaan ilmu dan menggunakan sepenuhnya pengetahuan merupakan pucuk kepada kejayaan seluruh agenda. Kejayaan golongan ini telah mencorak ketamadunan manusia, mengikut acuan mereka. Jika kita fikir, dari pelbagai teori sang pemikir sistem sosial. Bagaimana mereka menetapkan aras untuk ketamadunan?


Ibn Khaldun sebagai contoh dalam kajian beliau yang di tulis dalam al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar menekankan 6 ciri utama dengan meletakan agama sebagai perkara pertama bagi melayakan gelaran 'tamadun' diberikan. 
Namun di barat, erti tamadun itu telah ditafsirkan sedikit berlainan di mana mereka melebihkan sistem sosial menurut undang-undang manusia. Mungkin jika di bandingkan ciri-ciri tafsiran dan huraian ketamadunan antara dua pihak; Islam dan barat mempunyai persamaan, namun impak kepada kelangsungan cara hidup manusia sama sekali berubah. Sistem barat pula menjadi ikutan ramai, sekaligus menyebabkan ketamadunan yang sepatutnya sukar di jalankan. 


Sistem ekonomi barat di mana nilai mata wang di wujudkan dengan kewujudan perbezaan bagi setiap negara dan sistem bunga atau faedah meyebabkan wujud kelas-kelas kasta akibat dari faktor berhutang dan pelbagai lagi. Aktiviti kemanusian banyak di lakukan semata-mata untuk menolak cukai dan badan-badan kebajikan pada masa kini kadang kala berselindung di sebalik agenda golongan konspiran. Kebajikan ini sebenarnya penindas!. 


Realiti bagi pelbagai senario kini adalah sukar untuk digelar kenyataan atau fakta, melainkan anda sendiri terlibat dengan senario tersebut. Peranan pihak yang sepatutnya menyiarkan perkara yang benar seolah-olah hilang begitu sahaja. Karakter sahaja yang tetap, tetapi bahan berlainan. Golongan konspiran banya melaksanakan perang saraf melalui saluran seperti ini dan lebih teruk saluran ini menjadi kegemaran ramai.


Minda manusia adalah satu perkara yang terlalu kompleks. Kita masih tidak mampu membaca pemikiran manusia, satu persatu. Dengan usaha-usaha yang telah di laksanakan golongan konspiran untuk menjajah akal manusia, mereka telah dapat mencorak sendiri kehidupan mengikut acuan mereka.


Jadi sebagai golongan sedar, berhati-hatilah.





Tuesday, August 9, 2011

Dendang dan Bicara Optimis dari Pencetak



Luluh melihat dada akhbar yang kini acap mencetak perkara dengan satu irama. Hampir setiap isu menjadi bicara politik, sehingga sukan turut di gaul bersama politik. Bukan politik yang sihat, tapi lebih kepada kepentingan masing-masing.

Akhbar kini bukan madah bertulis untuk berbicara tentang menjadi optimis. Media cetak kini tidak lebih dari sekadar alat. Kurang memberi impak pembangunan. Penulisan hanya menjurus untuk menyalahkan satu pihak. Kurang latarnya lebih sensasi sahaja. Maniskah laporan ini untuk masa hadapan negara?

Hiburan kini adalah dendang utama yang terlalu di agung, sehingga yang salah kelihatan seperti benar. Fesyen masa kini di suntik seperti viagra kepada masyarakat untuk di ikuti dan menjadi satu ketagihan bagi mereka yang pendek akal. Terlalu banyak yang karut.

Negara perlukan dendang dan bicara optimis yang membawa ke arah 'bangun'. Fahamilah

Sunday, August 7, 2011

Senja penjajah

Sepi desa digegar dengan sorak,
Anak kecil bangun menatap fajar,
Terbitnya hari ini cerah, 
Walau dibungkus awan-awan.

Si tua bingkas mencapai tongkat,
Mengarah kaki yang tempang,
Di bedil sang perang,
Tuk menatap senja penjajah.

Dari seorang, muncul beribu,
Melihat terbenamnya kibaran "Union Jack".
Mengharap sangkar dibuka terus terbuka,
Biar besinya patah, putus tak tersambung.

Cukuplah!
Subuh mu penuh bermuka-muka,
Tengah hari mu terlalu pedih,
Hina menerima arahan di rumah sendiri.

Sudah banyak darah tumpah kerana mereka,
Air mata sering menjadi pelembab muka,
Pilu bila hilang seorang ayah,
Pergi bangga mengalas takhta pejuang.

Muda,
Bagkitlah,
Sedar senja ini masih belum berakhir.