Saturday, July 23, 2011

Makmuran

Aku termangu,
Duduk menanti wajah kemakmuran,
Makmur yang tak dapat diungkap,
Makmur yang mustahil dicapai.

Aku hairan,
Pabila wujud langau kemakmuran,
Wujud bermuka-muka melaung desas desus persefahaman,
Muntahnya difikir emas,
Laungnya difikir keramat,
Kerasnya dikira lembut,
Walau sa sel kulit pun tidak tersentuh,
Realitinya, "beliau" hanyalah sekadar serangga perosak kedamaian.

Ayuh muda,
Gegas lekas bingkas sedar dari ulit mimpi semalam,
Bangkit kita jadi mangkin makmur,
Kita jana sejahtera,
Kita undurkan pembongkak,
Undurkan durjana perosak negara.

Sama-sama kita paksikan sebulat perpaduan,
Kerna umur ini corak masa hadapan.
(KL Sentral, 2011)

Monday, July 4, 2011

Rakyat tak wajar pilih demonstrasi nyata ketidakpuasan hati?

Patuh titah Tuanku: Najib 
Oleh Amirullah Andi Nur, Azrina Ahzan, Badrul Hizar Ab Jabar dan Amir Mamat
bhnews@bharian.com.my
2011/07/05

Rakyat tak wajar pilih demonstrasi nyata ketidakpuasan hati 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang bimbang sesuatu lebih buruk akan berlaku jika demonstrasi jalanan diteruskan pada Sabtu ini.
Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong menyatakan kebimbangannya secara langsung kepada rakyat kelmarin mengenai perkara itu, jika niat penganjuran demonstrasi jalanan itu diteruskan.
“Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja Berperlembagaan sudah menyampaikan nasihat kepada rakyat baginda semalam (kelmarin) kerana baginda amat khuatir dan bimbang bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku daripada yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam. 

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong bertitah, hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya adalah baik. 

Baginda juga bertitah rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak. 

Najib berkata, rakyat juga tidak wajar memilih demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap dasar kerajaan kerana ia bukan saja boleh mengundang risiko yang boleh membahayakan negara, tetapi juga boleh menghancurkan apa yang sudah dibina selama ini. 
Malah, katanya, demonstrasi yang dirancang pihak tertentu bukan bertujuan memperbetulkan sistem sedia ada, sebaliknya lebih bermotifkan politik bagi mendapatkan kuasa melalui cara tidak demokratik. 

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat terus berpegang kepada lima prinsip asas yang menjadi teras integrasi dan perpaduan kaum di negara ini iaitu kesederhanaan, kestabilan politik, sistem pasaran terbuka, mengutamakan Perlembagaan dan undang-undang serta kepastian dasar. 

“Jika mereka hendak sangat kemukakan memorandum dan sebagainya untuk menunjukkan mereka ‘decent’ dalam demokrasi, pakat baik-baik dengan pihak berkuasa. 

“Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Jamuan Perdana Kenduri 1Malaysia Rakyat Berbilang Kaum Negeri Melaka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Machap Baru dekat Alor Gajah, malam tadi meminta pengerusi penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini, Datuk S Ambiga supaya membatalkan terlebih dulu rancangan itu sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. 

“Dengar kata, dia (Ambiga) nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, saya fikir elok dibatalkan dulu (perhimpunan haram) sebelum menghadap. 

“Nanti tak tau apa yang disembah, nanti jadi sembah derhaka pula. 

“Peringatan Yang di-Pertuan Agong mesti dihormati dan tidak boleh dipandang ringan oleh rakyat negara ini,” katanya.


P/s: Tuanku bukan sahaja bertitah untuk rakyat.. tapi untuk pemimpin sekarang. Kenapa diri sendiri di nasihatkan pun macam x perasan? Tuanku sendiri tidak melabel perhimpunan itu sebgai haram dan tidak sah disisi undang2. Sepatutnya kerajaan awal2 lagi sudah bertolak ansur dengan kempen BERSIH. Permintaan mereka bukan melampau. Hanya perkara berkaitan pilihanraya. Mengapa perlu dimanipulasi dengan memburuk2kan satu pihak sahaja? Tidak adil. Ambiaga nak menghadap Tuanku, dah cara yang lebih baik pun kene sindir? "sembah derhaka?" Sangat berat sebelah dan memandang rendah pihak lain. Mereka bukan golongan yang setiap hari ulang alik istana mcm si penyindir. "Peringatan YDP Agong mesti dihormati dan tidak boleh dipandang ringan oleh rakyat negara ini,” Pemimpin bagaimana? 


Hairan mengapa baru sekarang kedengaran "mahu menyediakan stadium" walhal sebelum ini banya ceramah pihak pembangkang yang diadakan di stadium juga di label sebagai haram. Meski pun himpunan itu awal2 lagi mahu diaadakan dalam tempat tertutup juga pasti dilabel sebgai haram!.


“Jika mereka hendak sangat kemukakan memorandum dan sebagainya untuk menunjukkan mereka ‘decent’ dalam demokrasi, pakat baik-baik dengan pihak berkuasa. Bagaimana mahu berpakat dengan pihak berkuasa? Adakah mereka telah terlebih dahulu bersepakat dengan pihak berkuasa untuk menghalang himpunan ini?. Siapa yang sebenarnya decent dalam erti demokrasi?


Amalan negara luar, sepeti Asia Barat adalah dengan mengadakan revolusi extrim dengan menggulingkan kerajaan memerintah secara terus tanpa melalui pilihanraya. Berbeza dengan tuntutan BERSIH. Mereka mahu mewujudkan sistem pilihanraya yang lebih demokratik. Adakah tidak boleh disokong? Tidak ada matlamat mereka untuk menggulingkan kerajaan secara ganas atau paksaan. Hanya mahukan pilihanraya yang adil. Bagi saya itu tidak menyalahi dan tidak melampau. 


Demonstrasi jalanan? mengapa bila himpunan tajaan pihak sana boleh jadi halal? Walau pun di jalanan. Amat meluat melihat sikap berat sebelah!


Last: Jangan salah tafsir apa yang dititah. Junjung bukan manipulasi. 

Saturday, July 2, 2011

Peludah Warna

Peludah Warna by A Samad Said

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID


p/s: kerana nikmat lama berkuasa......