Thursday, June 30, 2011

Oleh A. Samad Said

Posted on  by samadsaid

“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.
Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.
Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.
Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.
Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.
Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.
Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.
Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.
Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”
Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”..
p/s: ternyata dalam penulisan ada gempitanya sendiri. Hingga tersuruh mata2 panggil menghadap sasterawan ulung ini. Rakus sungguh bila insan lapar dengan kuasa. 

Monday, June 27, 2011

Adakah salah menjadi seorang pembangkang ?

Tulisan ini bukan di atas dasar diri ini penyokong kerajaan atau pihak pembangkang. Hanya sekadar ingin mengutara soalan ringkas. Adakah salah menjadi seorang pembangkang?.

Orang yang membangkang selalunya dikaitkan dengan mereka yang berfikiran kiri, extrimis, dan puak pengacau keaamanan. Media akan sentiasa memburukan mereka dan segala isu-isu sekecil semut akan di gajahkan oleh pihak pengejar berita sensasi. Kadang kala isu tanah kerajaan negeri sengaja di panaskan mereka. Orang-orang kampung kadang kala kelihatan seperti boneka di kaca tv. 

Definasi mudah bagi pembangkang ialah individu atau kumpulan yang tidak setuju dengan sesuatu perkara, perbuatan, dll, yang telah atau akan di laksanakan oleh individu atau kumpulan yang lain. Adakah definasi ini terus menghukum bahawa pembangkang itu salah? 

Namun realiti masa kini mereka yang membangkang akan terus di label sebgai negatif. Dari sudut politik, terutama dalam skop pemerintahan demokrasi, kerajaan dan pembangkang perlu wujud bagi memastikan kredibiliti sesuatu dasar terjamin. Malah kedua pihak ini perlu bertindak sebagai adik beradik bukan anjing dan kucing. Realiti kini menunjukan di mana hanya segelintir perkara sahaja yang mampu mencapai kata putus bersama dalam masa yang singkat. Namun selainya jika dibangkang sekali pun dan dasar yang di utarakan sememangnya salah, akan tetap dilaksanakan atas alasan mengikut lunas undang-undang yang tepat. Adakah ini demokrasi?

p/s: hapuskan pilihan raya lagi bagus agaknye =)
Adakah bersalah menjadi pembangkang kepada isu-isu membabitkan pembangunan negara, masyarakat, dan agama? 

Sunday, June 26, 2011

Impak si baju kuning

Penganjur perhimpunan haram khuatir kebangkitan BN 
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/06/27

KUALA LUMPUR: Penganjur dan pihak yang menggerakkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini diberi amaran keras bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan jika negara menjadi huru-hara dan keselamatan rakyat terancam akibat perhimpunan itu.

Ini berikutan niat sebenar kumpulan pengacau itu bukan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau berlaku kepincangan dalam sistem pilihan raya negara, sebaliknya untuk mencetuskan kejutan bagi memperoleh semula momentum politik kerana pembangkang semakin bimbang dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata aliran sokongan dan keyakinan rakyat berjaya dikembalikan semula kepada BN selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, hasil usaha gigih transformasi yang terbukti hasil kemenangan dalam sebahagian besar pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Malah analisa oleh pihak ketiga tiada kepentingan mendapati kerajaan berada dalam landasan betul dengan matlamat serta visi jelas,” katanya sambil disambut sorakan bersemangat hadirin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-58 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, semalam. 

Justeru, beliau yang juga Pengerusi BN mencabar pembangkang menunjukkan keberanian sebenar dengan bertanding dalam pilihan raya kerana kuasa politik adalah di tangan rakyat dan bukan di jalanan melalui demonstrasi haram.

“Jika sistem pilihan raya tidak betul, kenapa kita hendak serah lima negeri kepada pembangkang pada PRU lalu dan 20 tahun lebih PAS memerintah Kelantan? Jika kita boleh memanipulasi pilihan raya, lebih baik semua negeri dikuasai oleh BN. (Namun) Kita bukan orang yang memanipulasi pilihan raya, kita tidak rela berkuasa melainkan kita didukung oleh rakyat. Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita.
“Tapi janganlah menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata hendak kuasa politik. Kuasa politik di tangan rakyat, bukan di jalanan dan demonstrasi (haram). Waktu pilihan raya bertandinglah jika anak jantan sebenar. Jika anda (pembangkang) benar-benar ada keberanian, lawan pilihan raya. Jika anda tiada keberanian, buatlah jalanan dan anda berdepan dengan akibatnya.

Ini ada undang-undang, kita hendak menjaga kepentingan rakyat, bukan kepentingan orang yang sangat-sangat hendak kuasa politik... tidak sabar-sabar lagi... (sinis) semua orang tidak betul, doktor tidak betul, profesor tidak betul... dia saja yang betul,” katanya. 

Sambil mengingatkan ahli parti supaya jangan takut dan apologetik berdepan angkara sedemikian, Najib berkata, BN akan lawan habis-habisan tetapi mengikut undang-undang negara.

“Kita bukan samseng, kita lawan secara berhemah dan berbudi dengan memperjuangkan kepentingan rakyat melalui usaha, program, dasar serta peranan sebagai pemimpin. Setiap kita adalah pemimpin dan peranan yang dimain akan memastikan kejayaan besar kepada BN dalam PRU Ke-13 dengan izin Tuhan, insya-Allah,” katanya


1) Rakyat pemikiran kelas ke. . . ?
2) Tak faham objektif.
3) Kalau rakyat bersama perhimpunan bersih?
4) Hak bersuara dan berkumpul? Kenapa bersih tak betul pulak?
5) Lawan habis2san mengikut undang2? Guna polis dan FRU ke?


Senang je nak setel.. Tolong serahkan memorendum terus ke Agong. Selesai masaalah. Lepas tu Bersih dah tak ada alasan lagi nak berhimpun. Ape ke susah sangat lah. . . . Nak lawan cara tangkap orang pakai baju kuning buat orang makin marah. Dah lah insuran sume nak naik. Makin lah rakyat bengang. Kalau kat TV kat paper asyik kate dia betul orang sebelah sana salah sape tak menyampah meluat. Tak habis2 kata kat berita keyakinan rakyat kat depa meningkat. Sapa yang kira? Depa? 


Klau nak sokong pilihanraya tanpa rasuah sume2 tu depa pun bole join. Tak ada masaalah. Yang sibuk back up SPR buat ape? Diorng pun diam je? Kan lagi mudah BEKERJASAMA. Ni dok hentam satu2 bile nak aman nye? Yang punce huru hara pun sebenarnye dua2 pihak. Yang jadi mangsa orang berkecuali. Depa dok bising kata ada saluran lain yang boleh di guna untuk sampai kan pandangan. Tapi ce cite kat mana? Kenapa tak di kabarkan dalam surat kaba saluran mana yang boleh diguna? Bagi je lah cadangn kat diorng. Ni tak. Tak habis kutuk2 amaran2. Bosan!. Kata RAKYAT DIDAHULUKAN. So buktikan! Pembangkang tu pun rakyat gak weh. da kalau asyik dinafikan suara diorng mana tak nye jd perhimpunan tu?


Impak si baju kuning. DIGI pun x bole keje lepas ni. . . 


p/s: takut ade tgn ketiga manipulasikan keadaan atau ambik kesempatan dari kegopohan sesetengah manusia. .  . . 

Sunday, June 19, 2011

Perhimpunan?

Tertanya. Apa beza antara himpunan bersih dan himpunan sejuta belia? Mengapa satu himpunan ini di haramkan dan satu lagi di halalkan? Apakah rasional dua jenis himpunan ini di manipulasikan? Himpunan sejuta belia yang penuh dengan aktiviti sosial seperti konsert di halalkan, manakala himpunan bersih yang hanya semata-mata untuk menyokong satu bentuk keadilan dan menyampaikan memorendum mereka kepada ketua negara, Yang-DiPertuan Agong di haramkan. 

Mudah sebenarnya jika mahu mengelak tragedi-tragedi yang berlaku seperti di negara asia barat. Kerjasama dan dengar suara rakyat. Kerjasama antara pihak keselamatan; polis, fru dsbg dengan pihak penunjuk perasaan adalah perlu. Sewajarnya pihak polis menyusun mengatur sebaik-baiknya perjalanan mereka yang berhimpun bukan bertindak secara ganas. Mereka berhimpun bukan bersenjatakan pistol atau molvatov, hanya sekadar suara dan megafon. Adakah mereka berbahaya?. Tidak. Mereka hanya perlu di kawal kerana mereka berhimpun secara aman. Analogikan mereka sebagai murid sekolah yang menghadiri perhimpunan rasmi sekolah. Mereka hanya perlu beberapa pengawas untuk memastikan mereka dalam keadaan yang tenteram. Mudah. Bayangkan jika tiba-tiba pengawas membaling batu kearah murid, apa yang akan terjadi? Fikirkan.

Jika dikatakan himpunan demonstrasi jalanan ini bukan budaya masyarakat kita, maka mereka sebenarnya menidakkan perjuangan nenek moyang kita yang sama-sama turun berhimpun bejuang menentang Malayan Union pada masa dahulu. Seharusnya dikaji sedalam-dalamnya sejarah dan implikasi sesebuah pergerakan ini. 

Ada suara-suara yang mengatakan bahawa himpunan ini akan mengakibatkan kesesakan lalu-lintas, maka di sini seharusnya pihak polis traffik mengatur atau merancang terlebih dahulu laluan-lauan yang perlu ditutup dan jalan alternatif yang perlu di buka untuk memastikan kesesakan tidak berlaku. Memang itu tugas mereka. Apa bezanya mereka mengatur traffik untuk perarakan kemerdekaan dan himpunan ini? Saya percaya polis traffik cukup mahir dan cekap dalam mengatasi masaalah ini.

Kemudian terdengar keluhan peniaga jalanan mengatakan perhimpunan ini mnyebabkan kerugian kepada mereka. Mereka mengeluh kerana kemungkinan keganasan akan berlaku dan mungkin mereka akan tercedera akibat gas pemedih mata, semburan air dsbg. Ini sekali lagi menunjukan bahawa pihak polis sewajibnya mengawal keadaan bukan terus memberi hukuman kepada peserta perhimpunan. Mudah!. Hanya perlu iringi mereka ke Istana Negara, serahan memorendum dan perhimpunan tamat. Bayangkan jika kesemua yang berhimpun mengambil kesempatan untuk membeli belah selepas tamatnya perhimpunan. Bayangkan keuntungan berlipat kali ganda kepada peniaga sekitar kawasan himpunan. Peniaga hanya berada dalam keadaan bahaya sekiranya keselamatan dan ketenteraman di jaga rapi oleh pihak bertanggungjawab.

Himpunan ini banyak signifikasi banyak implikasi. Jika mereka benar-benar bermotifkan untuk pilihanraya yang bersih tanpa korupsi dan kepincangan, maka tidak akan ada sebarang keganasan akan berlaku. Apa yang menjadi kebimbangan apabila ada pula pihak lain yang turut berhimpun untuk menghalang perhimpunan ini. Maka jika ada dua pihak berhimpun membawa ideologi yang berbeza dan pihak polis gagal memainkan peranan sebgai pengaman, akhiranya perhimpunan ini akan menjadi barah dalam negara. Seharusnya dan sewajibnya ketiga-tiga pihak berfikir secara matang dan bukan berteraskan nafsu politik dan emosi semata-mata. 

Lihat dari sudut pandangan berbeza. Fikir implikasi positif!