Thursday, May 19, 2011

http://tukartiub.blogspot.com/2011/05/jumaat-petang-anak-muda-bangun-melawan.html

Suara Anak Muda?

Adakah suara anak muda abad ini masih menjadi bahan bualan masyarakat umum?. Adakah suara anak muda kini masih ramai bangun turun untuk membela masyarakat sejagat?. Persoalan itu mungkin mudah dan jelas di jawab oleh mata kepala kita sendiri. Masa kini suara anak muda bukan suatu yang mampu menggegar mana-mana kepincangan yang berlaku. Suara anak muda ini makin tenggelam dalam lautan kemodenan. Maju itu kadang-kadang menjadi indikator keruntuhan anak muda. Tidak di nafikan masih wujud anak muda yang berjiwa kental, berani bangun melawan ketidak adilan. Namun bilangan itu dapat dikira dengan mudah!. Dalam ramai anak muda masa kini sibuk dengan facebook meluah nasib diri yang tidak menentu, terlalu sedikit mereka yang meluahkan nasib bangsa, agama dan masyarakat dalam posting wall mereka. Jika ada mereka pasti di 'perli' dengan tajam. Adakah satu kesalahan bagi anak muada yang ada secebis kesedaran tentang tanggungjawab diri unutk masyarakat?.

Persolan semasa adalah mengapa anak muda menjadi semakin merosot dari generasi demi generasi. Adakah salah generasi dahulu? Atau salah "segelintir" generasi dahulu?. Mampukah keselahan dahulu di perbetul dengan mudah?. Mencari jalan penyelesaian untuk masaalah sosial anak muda bukan kerja mudah.

Punca utama mungkin berputik dari media, yang mana anak muda terlalu ghairah dengan gossip, style masa kini, wayang dan sebagainya. Akibatnya ramai terpengaruh. Jiwa muda yang kosong tidak terisi dari generasi dahulu mudah menggoyang pegangan anak muda. Jika kita bandingkan semangat orang lama dengan orang baru terlalu jauh!. Bagaimana negara ini mampu maju?. Adakah dengan golongan bijak pandai yang rajin ke kelab malam bermabukan hingga ke pagi hari? Adakah piha 'sana' terus membiarkan dilema anak muda ini berlaku?. Apa pengisisan sesuai untuk melihat negara ini damai dari generasi muda?. Apa yang dilihat usaha pihak sana menganjurkan himpunan untuk anak muda seolah-olah tidak mampu membina tamadun generasi muda yang lebih terarah. Oh orang 'sana'. Sila sedar.

Resah negeriku

Detik demi detik berlalu dengan begitu pantas. Saban hari mata ini menjadi saksi satu demi satu perubahan, perubahan yang semakin ke arah keruntuhan. Apa sudah jadi dengan tanah tempat lahirku?. Zaman kana-kanak yang ku lalui dengan gelak tawa tanpa terfikir apa itu inflasi, apa itu kenaikan harga, apa itu korupsi, demokrasi.. aku hanya tahu di denda berdiri di atas kerusi. Masih relevankah aku bangga dengan tanah air ini?

Semalam kes bunuh, hari ini kes bunuh dan esok bunuh dan bunuh. Hari ini adik-adik ku menatap berita yang bukan sepatutnya mereka dengar!. Mana berita tentang kemajuan peraadaban? mana berita tentang keharmonian total? Perlukah berita itu di cipta di karang?

Rasionalisasi bangsa ini semakin merundum. Logik menjadi tuhan namun bertuhan kepada yang sesat! Kebenaran itu bukan benar dan kesalahan itu bukan salah. Resah negeri ini semakin mencanak. Prestasi di bilang meningkat namun apa yang ditingkat adalah tulisan dusta si bijak belagak pandai. Perlukah untuk "bosan" dalam fikiran ini.

Tiap hari tertanya, bila Mahdi akan tiba.