Sunday, April 17, 2011

Akhir untuk PERSAINTEK

Alhamdulillah =)

Hari ini, tanggal 17 April 2011, jamuan makan malam terakhir dengan semua ahli persatuan sains dan teknologi, PERSAINTEK. Tanda tamat tugasku sebagai EXCO publisiti dan informasi. Portfolio terakhir selepas menyandang jawatan timbalan EXCO kebajikan, EXCO kebajikan, dan EXCO akademik dan perhubungan luar.

Syukur, dari persatuan sains ini, seribu satu pengalaman suka duka pahit manis berjaya di kutip di simpan dalam raga kehidupan. Liku-liku dan jalan kepada sebuah perjuangan sebagai aktivis mahasiswa dan penuntut hak sebagai mahasiswa mula diterokai selepas bergiat aktif dalam persatuan ini.

Satu pengajaran yang paling berharga adalah harga sebuah kerjasama, persahabatan yang mampu dipupuk antara individu yang berbeza latar belakang menjadi satu keluarga erat umpama adik beradik. Dalam bekerja, memang kesilapan dan kesalahan adalah rencah utama sebagai perisa tambahan untuk kelazatan kerja seterusnya.

Apa yang menarik tentang PERSAINTEK adalah bagaimana persatuan ini mula naik dari satu persatuan sains yang hanya dipandang sebelah mata oleh warga mahasiswa walaupun dalam kalangan mahasiswa fakulti sendiri. Sehingga kini memang tidak dinafikan sambutan untuk aktiviti anjuran PERSAINTEK adalah di paras hambar. Namun atas semangat tidak mahu berputus asa dalam kalangan ahli jawatankuasa, persatuan ini masih terus aktif untuk berkhidmat kepada universiti.

Semasa mula-mula terlibat dalam PERSAINTEK, lobi dan lantai dengan bunyi gema adalah persekitaran kami untuk mengadakan mesyuarat. Agenda mesyuarat tidak berapa tersusun dan pelbagai spekulasi berlaku semasa aktiviti di jalankan. Salah faham juga sering terjadi. Hari demi hari, ahli yang setia semakin berkurang dan akhirnya tinggal beperapa kerat sahaja yang sudi menunjukan muka dan melakukan segala tugas yang di amanahkan. Apabila pucuk kepimpinan bertukar, sedikit demi sedikit perubahan di jalankan. Ternyata strategi provokasi adalah antara jalan terbaik untuk memastikan revolusi berlaku.

Tenang di akhir semester, corak pemilihan berubah menjadi lebih professional. Sebuah bilik tersorok di tingkat LG mula menjadi kilang operasi kami. Kemudahan komputer dan lain2 akhirnya disediakan oleh pihak fakulti apabila mula di desak. Dan kini, persatuan fakulti akhirnya berjaya di daftarkan di bawah hal ehwal pelajar dan layak menerima peruntukan untuk mengadakan aktiviti. Perkara ini sepatutnya sudah selesai pada tahun 1993, semasa fakulti sains di wujudkan.

Semoga sessi 2010/2011 ini mampu menjadi titik tolak kepada revolusi yang lebih drastik dalam menjana kesarjanaan mahasiswa melebihi skop bidang dalam kuliah. Semoga persatuan ini mampu menjadi lebih baik dari mana-mana persatuan sains di IPT lain yang terdapat di Malaysia. Semoga persatuan ini mampu menjana satu skop perpektif pemikiran mahasiswa ijazah sarjana muda untuk menghasilkan karya inovatif untuk masa hadapan semua. Adalah lebih mudah bergerak dalam satu pasukan dari kita bergerak sendirian. Yang penting bukan balasan tapi pengalaman dalam mengais ilmu yang mungkin tidak wujud dalam kelas kuliah.

Mudah untuk kita mengadakan aktiviti yang menghiburkan tapi sukar untuk kita adakan aktiviti yang meliputi kesarjanaan dan menghiburkan dalam satu-satu masa. Nadi penggerak sebuah negara adalah generasi muda. Jika di suap dengan aktiviti yang tidak memaksa untuk berfikir secara kritis, apakah akan jadi pada negara pada masa akan datang? Generasi ini sahajalah yang mampu memimpin pada masa hadapan. Berguna lagi kah kelayakan akademik yang tinggi jika sekadar menghafal dari buku?

Tugas sudah berakhir namun tanggungjawab masih di pikul di bahu...

Terima kasih PERSAINTEK.
Alhamdulillah....
Satu perjuangan yang tidak sia-sia.. =)

p/s: Terima kasih juga untuk timbalan, dan sekretariat yang selalu aku tekan.. sebenarnye syg sgt kat korang.. dah anggap macam adik sendiri dah.. Hashim, Ummi, Fatin, Asma, Humaira.. semoga korang terus berjaya dalam kehidupan.. mintak maaf banyak2 terlanjur bicara terkasar bahasa.. cume nak terbaik dan nak korang yang terbaik nanti.. Sgt gembira bekerja dengan korang.. =)

X lupe jugak dekat ahli2 lain yang rapat dan yang tak brape rapat.. mintak maaf banyak buat salah.. andai ada terguris hati mohon diampun.. korang sume terbaik! =)