Thursday, December 30, 2010

Pendapat 5

Bahasa kebangsaanku Bahasa Melayu?

Jadi teringin nak ajak berfikir. Adakah bahasa kebangsaan ini hanyalah bahasa kegunaan rasmi dalam surat? Adakah bahasa rasmi dalam majlis adat istiadat? Adakah bahasa rasmi yang digunakan dalam khutbah2 Jumaat?
Pendek kata adakah bahasa ini hanya untuk tujuan rasmi?

Hendak mewujudkan satu negara berkonsepkan negara bangsa, tapi apa negara bangsa??

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya

Simpulnya bila orang tanya "awak orang mana?" jawabnya Malaysia. Bukan kaum.
Untuk Malaysia, bahasa yang dikatakan akan menyatupadukan rakyat adalah bahasa Melayu. Tetapi adakah orang Malaysia sekarang walaupun generasi baru benar2 fasih dalam berbahasa Melayu?
TIDAK. Ada anak Melayu sendiri yang gagap bila bertutur dalam bahasa ibunda tapi fasih lancar bagai diminyak ketika berbahasa Inggeris. Mana silapnya? Sebab tidak diajar silat atau bermain keris?

Dalam skop pendidikan, contoh dalam bidang sains. Cubalah kira berapa kerat sahaja yang menggunakan bahasa Melayu dalam penerbitan mereka. Nasib baik ada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kalau tidak makin terkubur bahasa ini. Adakah kita mahu pada masa akan datang anak-anak muda ini tidak tahu langsung kewujudan istilah saintifik dalam bahasa Melayu? Contoh, empulur. Siapa tahu apa itu empulur angkat tangan? haha. Tidak salah kita mahir bahasa asing tapi jangan sampai bahasa kita terkubur. Lagi2 ini bahasa kebangsaan!

Pemimpin juga ramai yang tergagap dan terlalut terkalut kalau berbahas dalam parlimen. Tak habis2 dengan perkataan "dengan izin". Tak cukup baca buku kah?. Ada yang tunggang terbalik ayatnya ketika berhujah. Tapi memandangkan usia mereka kadang2 kita terpaksa terima keadaan itu. Mereka hidup pada zaman sebelum merdeka di mana usaha mewujudkan negara bangsa tak wujud lagi. Harap2 mereka yang muda lebih peka.

Mana nak letak maruah negara kita kalau bahasa rasmi kita hanya pada perlembagaan tapi resam tuturan, pendidikan dengan bahasa penjajah? Adalah satu benda yang amat menyedihakan bila bahasa sendiri diperlekeh di ibarat kan kampung. Harap2 generasi akan datang boleh cakap bahasa ini dengan perasaan megah, bukan malu.

Sekali lagi, tidak menjadi kesalahan untuk menguasai bahasa asing tapi jang ditanam dikuburakan bahasa kita sendiri. Itu identiti kita.

Tuesday, December 28, 2010

Cukuplah dipegang, kekalkan sucimu!

Tak cukup berapa ratus tahun negara dijajah dipijak, berapa ramai yang mati berjuang menuntut merdeka. Tapi kenapa kini masih ada bahang dijajah? Tidak cukup kah kita di pegang di raba dan sebagainya oleh peradaban luar yang rakus dengan nafsu durjana. Kenapa di relakan lagi tanah ini dipegang lagi? Di mana suci kita??

Tidak ada askar yang datang menembak bertubi-tubi tetapi kenapa kes bunuh melambung bertubi-tubi?
Tidak ada anak kecil meraung meratapi kematian ibu bapa dibuuh askar penjajah tapi mengapa banyak pula bayi baru dibuang merata-rata?

Masih nak bongkak? masih nak ego? masih nak menindas?
walhal terlalu murah harga untuk dipegang!
Mana maruah yang dilaung-laun mahu dibela?

di mata orang bagaikan malaikat,
di belakang?
terus rela diraba dan dipegang!

Cukuplah. Peliharalah tanah ini. Kekalkan sucimu. Maruah itu sama-sama diubati sama-sama dibaluti, sama-sama sembuhkan kembali..

Naek harga?


Kini kenaikan harga barang makin menjadi-jadi. "Tidak" pasti adakah ini berpunca dari kenaikan harga minyak, gula dan barang keperluan lain atau mungkin berpunca dari ilmu hitam yang digunakan untuk memukau harga unutk naik?. 

Harga kelapa dan santan mula naik dengan harga santan kini mencecah RM9 dan kelapa RM2.20. Punca dikatakan kerana kekurangan sumber di mana banyak peniaga menjual ke negara jiran dengan alasan untuk menampung kos perbelanjaan. Ramai peniaga kecil yang menggunaka kelapa sebagai asas dalam penghasilan barangan mereka menjadi mangsa. Akhirnya mereka terpaksa menaikan juga haraga barangan mereka. 

Mereka meminta kerajaan untuk memantau kenaikan harga ini. Tapi jika dilihat dari satu sudut berbeza, teknik penjualan barangan tempatan ke luar negara untuk perolehan lebih turut juga diamalkan oleh pihak pentadbir Malaysia. Contoh, minyak negara di jual ke luar untuk keuntungan dan kesanya sentiasa ada kenaikan harga minyak di Malaysia. Sama atau tidak? 

Jadi sebenarnya peniaga yang menjual hasil mereka ke luar negara untuk pendapat lebih atau "mengaut keunutungan" lebih tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Ini kerana mereka hanya ikut "contoh".

p/s: what goes around will be round2~ haha

Monday, December 27, 2010

Pendapat 4

Sekali lagi sebagai mukaddimah kepada penulisan adalah berkenaan dengan "satu". Terbaru sistem pendidikan bagi murid tahun satu pada tahun 2011 akan di ubah dengan mengubah konsep KBSR. Murid akan didedahkan dengan satu lagi objektif tambahan selain dari 3M, membaca menulis dan mengira iaitu berfikir secara rasional. Ini dapat mendidik murid generasi baru untuk berfikir dan menolak apa yang buruk dan bijak menilai mana yang baik. Sebelum ini juga dikatakan pendidikan seks akan turut diajar kepada mereka.

Sebelum merungkai tentang sistem pendidkan rendah yang baru ini, saya agak kesal kerana masih adal lambang "satu" di buku2 teks kanak2 ini. Logo ini terlalu bersignifikasikan politik dan sepatutnya tidak diguna sementara isu ini masih belum reda.

Seterusnya, berkenaan dengan sistem baru. Dalam apa jua revolusi dalam sistem pendidikan, pola kenaikan nya tetap tertakluk kepada kualiti guru yang mengajar. Lebih tajam lagi jika golongan sasaran adalah murid peringkat rendah dimana penyampaian ilmu kepada mereka perlu lebih berhati-hati dan teliti. Guru juga perlu bijak dalam menarik minat pelajar dan sebenarnya kebolehan untuk menilai antara betul atau salah adalah tertakluk kepada kematangan seseorang itu berfikir. Yang menjadi punca sesuatu perkara itu benar atau salah adalah faktor persekitaran dan penyampaian oleh mereka yang lebih berilmu. Sebagai contoh, jika kanak-kanak hidup dalam komuniti yang berkomunikasi mengikut dielek negeri maka mereka akan bertutur dengan apa yang mereka dengar. Dan bagi mereka itu adalah betul. Kerasionalan seseorang hanya dapat diperolehi melalui pengalaman atau situasi bukan teori semata-mata. Jadi harapan supaya apa yang diajar kepada murid-murid ini dapat membuatkan mereka berfikir dan bertindak sebagai contoh aktiviti yang melalaikan mereka seperti menonton tv, mereka akan tinggalkan. (adakah akan berjaya walaupun pendidikan sekarang seperti dalam agama dimana menutup aurat itu adalah wajib tetapi lihat mereka sekarang?)

Saya pernah melihat bagaimana pendidikan seks sebenar dijalankan dalam sistem pendidikan barat. Mereka menggunakan model sebenar!. Jadi tertanya2 bagaimanakah di Malaysia?. Bagi saya cukup dengan pendidikan Agama atau Rohani yang sempurna serta kawalan kepada persekitaran terutamanya faktor sosial dan media yang terang-terang sebenarnya menjadi punca kepada lambakan bayi terbuang. Adakah mereka tidak sedar?

Kebanyakan masaalah mempunyai resolusi yang mudah. Jika mereka kata artis2 sukar dikawal jadi bagaimana pada tahun sekitar 80-90an, kerajaan berjaya menghalang penyanyi lelaki mempunyai rambut panjang? Ini jelas menunjukan guna kuasa ke arah yang betul banyak memberi manfaat. Sudah terang lagi berhala tuju solusi yang mudah di depan mata. Tapi kenapa tidak dijalankan? Apa faktornya? Sensetiviti? Adakah menyeru masyarakat untuk berpakaian sopan itu sensetiviti? melanggar hak asasi manusia untuk berpakaian kah??

Semua ini merunsingkan...

Sunday, December 26, 2010

Pendapat 3

Sekilas pandang dari muka surat pertama akhbar Berita Harian, terpapar lagi isu mengenai 1Malaysia. Tajuk "Larang guna logo 1Malaysia dibekukan". Dibawah laporan ini pula terdapat isu mengenai tujuan utama penubuhan teori 1Malaysia. Cukup2 lah dengan pertelingkahan pasal perkataan satu itu. Sangat tidak matang.

Namun bukan itu menjadi perkara pokok untuk pendapat 3. Cuma terdengar dalam corong radio berkenaan penguatkuasaan pemantauan semasa perayaan di Malaysia. Asalnya dari teguran dari Mufti Johor. 

JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.
Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.
Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.
Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.
Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.

Tahniah nak ucapkan kepada beliau sebab berani bagi teguran terbuka dan harap teguran ini tidak menjadi satu isu sensitiviti dan hanya menjadi pedoman untuk mereka yang beragama Islam. Beliau tidak ada niat dan tidak ada langsung unsur menghina agama lain dalam teguranya. Cuma untuk orang Islam. Dan jika mereka yang rasa mereka moden, tidak dapat menerima teguran ini dan jadikan isu hak kebebasan manusia, sebenarnya mereka belum cukup bijak mengenai perkara berkaitan hak asasi. Kaji.

Sepekara lagi, pihak jabatan2 agama, majlis agama, mufti2 dan mereka2 yang hebat dalam bidang agama mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek hukum hakam, apa kata cuba berhujah tentang kepentingan menutup aurat dikalangan masyarakat. Ini perkara akar dalam isu diatas. Jika tumbuhan tidak mempunyai akar maka daun nya tidak mungkin tumbuh. Begitu juga dengan perkara ini.

Kadang2 melihat program2 di kaca tv yang bertemakan kerohanian atau lebih tepat kerohanian dalam agama Islam, tidak kesahlah apa topik perbincangan walaupun berkaitan dengan rumah tangga, mengapa yang dijemput untuk memberi pendapat itu sendiri belum berjaya menutup aurat secara betul?. Adakah pada masa akan datang kita akan lihat golongan yang membincangkan memperdebatkan perkara berkaitan agama, ustad dan ustazah berambut perang, tidak bertudung, berseluar pendek atau hanya bersinglet?

Sememangnya Islam sebagai agama rasmi Malaysia dalam perlembagaan hanyalah hiasan.

Thursday, December 23, 2010

Tanggungjawab

Mulut kadang-kadang lagi manis dari gula. Titi perjalanan masih rapuh, ditambah beban tanggungjawab. Ingat mudah??.  Ada dua jenis tanggungjawab. Pertama ialah yang memang lumrah menjadi tanggungjawab kita, contohnya menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa. Dan satu lagi tanggungjawab yang kita cari, perlu kita tanggung juga. Contohnya kita menjawat apa-apa jawatan dalam pekerjaan. Meskipun hanya sebagai penyapu sampah tetapi perkataan tanggungjawab itu masih digalas berat!. 

Ada orang beriya-iya mencari pangkat dan kemsyhuran tanpa walau secangkir ikhlas dalam diri. Tetapi tidak sedar beban pikulan yang akan menumpang di bahu nya. Hanya nampak pada realiti secara fizikal bahawa tugas telah disempurnakan. Namun lupa unsur rohaninya. Adakah tugas itu sempurna pada yang Maha Pencipta?. Adil kah kita dalam menjalankan tanggungjawab??

Dengan titi yang digunakan rapuh, berdiri menyusuri dengan tambahan beban tanggungjawab adakah kita yakin mampu sampai ke rahmatNya?. Jauh disudut hati ini sangat risau perkara ini. Bukan mudah!

Jadi, tidak kiralah apa kedudukan mu ap darjat mu penting atau tidak sesuatu itu kamu harus galas tanggungjawab itu dengan penuh cermat dan berhati-hati. Jika kamu fikir itu tidak penting maka sebenarnya kamu sendiri yang menjadi kan sesuatau perkara itu tidak penting. Walhal dalam apa jua perkara walau sekecil mana pun, nilai kepentingan masih tetap ada. Laksanakan dengan sempurna!.

Jangan mahu kan pangkat kerana nama, pulangan walau hanya sehelai baju dan segulung sijil penghargaan tapi dalam masa yang sama gagal meletakan atau memikirkan tanggungjawab dari pangkat tersebut. Fikirlah!

Wednesday, December 22, 2010

Pendapat 2

Hari ini dalam berita sekali lagi isu 1Malaysia berbangkit..

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SuratAPCOjadibukti/Article/

Dimana kesudahanya? Bagi saya kalau satu perkara sekecil semut ini masih menjadi satu titik punca tumbuk tendang gantun tanpa tali baik tidak payah di laksanakan. Sekali lagi mana demokrasi? Dalam situasi ini, kita boleh samakan senario dimana pesalah membuat pengakuan bersumpah walaupun jelas dia terlibat dengan kesalahan itu. Saya sangat tidak faham dengan situasi ini.

http://www.youtube.com/watch?v=RRIzI84Hlbw
Saya bukan ahli PKR atau mana-mana badan politik di Malaysia. Namun melalui sumber bacaan, video-video lengkap seperti ini nampak berat sebelahnya. Kenapa orang ini digantung dahulu sebelum sempat orang yang bertanggungjawab membuat sumpah tidak terlibat dengan 1Malaysia. Seolah-olah disuruh. Pelik bukan?
Saya bukan pengkaji undang-undang dan tidak faham secara penuh apa yang terkandung dalam undang-undang parlimen. Tetapi dari beberapa video yang saya tonton, ada senario yang menunjukan bagaimana seorang yang menuduh satu pihak lain bersalah tetapi akhirnya menjadi pesalah tanpa sebarang pembelaan terhadap dirinya.

Bagi saya, sepatutnya dalam parlimen seorang pengerusi majlis bukan datang dari ahli politik. Ini kerana ahli politik di Malaysia kebanyakan nya adalah ahli parti dan kemungkinan berlaku berat sebelah adalah lebih tinggi. Mengapa tidak dipilih seorang yang hanya menjadi pemngamal undang-undang tetapi tidak memihak atau menyertai mana-mana parti politik? Ini tidak mustahil kerana di Malaysia terdapat juga badan yang tidak memihak kepada mana-mana badan politik seperti suruhanjaya pilihanraya. (agaknye)

Dasar luar Malaysia adalah berbaik dengan semua negara dan menjalinkan pelbagai jenis kerjasama dengan negara luar kecuali israel. Tetapi kerajaan sekarang ambil satu badan penasihat yang terdiri daripada orang israel sendiri. Saya sebagai rakyat biasa yang tak tahu apa-apa sangat pelik.

Komen saya. Cukup-cukuplah dengan huru hara dengan agenda politik masing-masing. Fokuskan kepada pembangunan negara. Bukan asyik berhujah tentang parti atau asyik naikan harga je..

p/s: makin malas nak pergi mengundi =P

Pendapat 1

"Salam revolusi"
Err.. ada ramai tanye kenape suka benar pakai "salam revolusi" tu?
Jawapan ringkas " Habis nak salam 1Malaysia?" hahaha

Adakah bermakne tak guna salam 1Malaysia tak patriotik??
Sini nak olah sikit. "1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"..
Ok. Lihat motto yang diguna pakai.. Terlalu ketara motto pancing undi. Bile ade perkataan "Rakyat". Pasti ayat dari kerajaan. Kalau dah sampai Polis pun pakai "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" tak ke pelik.
Polis bukan pemimpin. Tapi penjaga keselamatan masyarakat, termasuk pemimpin. Pemimpin lahir dari satu masyarakat dan sebahagian dari masyarakat. Sebab itu jadi pemimpin. Dan bila guna konsep rakyat dan pemimpin, ini adalah satu kelas yang berbeza, iaitu pertalian antara ketua dan orang yang dipimpin. Lain!. Sepatutnya polis guna "Masyarakat didahulukan, keselamatan diutamakan" (atau yang sinonim dengan motto yang berkaitan kepolisan).

1Malaysia juga hanya diguna pakai oleh satu belah pihak dalam parlimen, Barisan Nasional. Mereka sahaja yang guna salam 1Malaysia dan sebagainya. (Pernah dengar Anwar Ibrahim pakai salam satu Malaysia?). Jadi jelas ini salah satu elemen dari politik mereka. Sebagai penuntut yang berada di bawah AUKU, maksudnya adalah kesalahan guna salam 1Malaysia. (Patuh kepada undang-undang kerajaan nih)

Berlainan dengan motto "Malaysia Boleh". Lebih bersifat universal. Semua boleh guna pakai. Tak kira orang itu buruh biasa atau pemimpin sekali pun selagi dia warga Malaysia, maka motto ini sesuai. Tapi tak adalah sampai nak guna "Salam Malaysia Boleh". Memadai lah guna salam sejahtera.

Semalam tengok berita, "Saya kecewa ada yang mengatakan konsep gagasan 1Malaysia adalah diciplak, walau pun negara lain ada satu itu satu ini tapi tidak ada satu negara pun yang ada 1Malaysia". Kenyataan pertama tu memang kuat untuk dipercayai oleh orang yang hanya baca dan tonton media utama (eg: Tv3, BH, Utusan). Tapi bila ayat disambung, macam seolah-olah sebenarnya ada negara lain yang pakai konsep "satu" cume beza nya negara diorng bukan Malaysia. Sebab itu tak pakai 1Malaysia. Sekarang zaman ICT, internet mana-mana boleh masuk. Maklumat tu ade je merata-rata. Rakyat dah makin bijak =)

Lagi satu, jangan banyak sangat janji itu ini. Nanti makan diri.
Amalan demokrasi tu gaya mane sebenarnye? Macam berat sebelah. Contoh bila diorang nak buat satu-satu projek, rakyat bantah diorang kate ini orang-orang pembangkang. Lepas tu pembangkan pelan nak buat projek 100 hari terus dikritik habis habisan dalam surat khabar. Tak kesah lah even idea pembangkang tu x masuk akal ke ape ke. tapi sebagai professional, cuba lah bagi penjelasan secara analisa lengkap kenapa pelan tu tak masuk akal. Ini tak, direct terus cakap akan mengakibatkan negara kita muflis. Aih? bagi subsidi muflis turun harga minyak muflis sume benda muflis. Patut pun ramai keluar negara. Tak sanggup duduk kat tempat cepat muflis. Hahaha. Bile badan GLC nak bina menara 100 tingkat, wah, bukan main hebat di puji kata bagi banyak keuntungan suma-suma. Adoi.

Saya bukan kerajaan saya bukan pembangkang. Cuma warga kerdil yang jadi pemerhati bebas, tengah fikir mana satu lagi baik untuk diri saya, keluarga saya, kenalan-kenalan saya, dan juga negara saya.

Monday, December 20, 2010

Kalau masuk mahkamah kes ugut saman..

20/12/2010, 1725, lokasi berhampiran selekoh tajam jalan utama berhampiran kawasan perumahan AU4 dan AU3, sedang menghala ke arah Setiawangsa menggunakan kenderaan jenis Perodua Myvi 1.3 transmisi automatik menuju ke bangunan Balai FELDA dengan tujuan mengambil ayah pulang dari kerja.
Penunggang motor nobor pendaftaran WRR/WRQ 7585 membunyikan "hon" dan menjerit "kurang ajar" dan mengarahkan saya untuk berhenti di tepi. Pendakwa mengugut untuk menyaman dan mempunyai unsur ancaman serta curiga. Pendakwa juga ada mengatakan bahawa saya adalah "orang kaya" atau "anak oang kaya" semasa mula beredar menyebabkan perasaan tidak tenteram wujud manakala menyebabkan minor trauma scene kepada adik saya yang turut sama melihat pendakwa memaki saya.

Kronologi ringkas serta andaian senario untuk kejadian ini yang mampu memberi kesan negatif kepada kedua-dua pihak.

1 ) Setelah keluar dari persimpangan jalan AU4 membelok ke kiri dan berada di lorong kiri menghala ke arah Setiawangsa. Waktu adalah sekitar  1715 dengan niat seperti yang dinyatakan diatas. Saksi utama adalah keluarga dan boleh disahkan oleh jiran.

2) Selepas melepasi selekoh tajam dijalan tersebut saya menukar lorong kanan (sebelah kiri ada kereta jenis Proton Wira warna hijau bumper kelabu gelap) kerana ingin meneruskan perjalanan menggunakan jalan ke Setiawangsa. Terdapat bunyi hon tetapi tidak mengendahkan kerana faktor kawasan yang bermasyarakat dan membuat andaian hon bertujuan menyapa kawan.

3) Semasa berada di jalan berhampiran simpang tiga di kawasan AU3 selang tidak sampai satu minit bunyi hon kedengaran, kereta diketuk dengan kuat dan ketika itu saya menoleh kebelakang untuk melihat. Cermin pada waktu itu tidak berapa jelas menunujukan pendakwa tetapi kedengaran suara lelaki menjerit menyuruh saya memberhentikan kenderaan.
-(1)Kemungkinan berlaku kemalangan pada waktu itu adalah tinggi. Ini kerana jarak pendakwa dan kereta adalah tidak selamat. Ini dapat dibuktikan dengan cara pendakwa mengetuk kereta. Panjang antara badan dan hujung tangan jelas menunjukan jarak antara pendakwa yang menunggang motorsikal dengan kereta adalah merbahaya. Dan jarak ketika pendakwa mengetuk kereta adalah lebih dekat kerana pendakwa perlu membengkokkan tangan untuk mengetuk dengan kuat. (penghasilan daya memerlukan momentum yang dihasilkan dari aktiviti otot yang mengecut dan berkembang). Sekiranya saya memberhentikan kenderaan secara mengejut sudah pasti pendakwa akan terlanggar atau sekurang kurangnya tergesel dan mengakibatkan kecelakaan kepada diri sendiri. Situasi ini jelas menunjukan pendakwa menunggang dengan cara merbahaya.
-(2) Kemungkinan pendakwa dilanggar atau terlanggar kereta jenis Proton Wira juga ada. Ini kerana ketika itu saya sedang melintasi kereta tersebut. Jelas sekali lagi pendakwa meletakan diri dalam bahaya.
-(3) Kemungkinan saya yang akan menghadapi kemalangan juga ada sekiranya ketika itu saya terkejut dan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas. Situasi ini menunjukan pendakwa boleh mengakibatkan kemalangan.

4) Saya terpaksa menukar ke lorong kiri kerana kedudukan saya ketika itu boleh mengakibatkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain sekiranya saya berhenti. Pendakwa masih terus mengejar dan menjerit memaksa saya untuk berhenti dengan jarak dekat.

5) Saya terpaksa masuk ke susur kiri masuk ke jalan AU3, jalan utama berhampiran tempat bas berhenti.

6) Saya di paksa berhenti di kiri bahu jalan berhampiran warung makan. Pendakwa merapatkan motor dengan pintu kereta menyebakan saya tidak boleh keluar. Kemudian saya membuka tingkap kereta. Pendakwa masih terus membesarkan suara mengatakan saya kurang ajar dan terus mematikan kereta. (bukti cap jari pendakwa boleh didapati di kunci kenderaan). Pendakwa juga terus meminta lesen memandu dengan cara paksa tanpa memberi tahu kesalahan saya.
-(1) Kemungkinan pendakwa dirempuh oleh kenderaan yang datang dari arah belakang ada kerana pendakwa memaksa saya berhenti di kawasan berhampiran susur keluar. Jelas pendakwa sendiri meletakan diri dalam keadaan bahaya.
(2) Tindakan pendakwa mematikan enjin kereta jelas menunjukan pendakwa bertidak di luar batasan dan bertindak seolah-olah pendakwa adalah polis dan saya adalah suspek jenayah. Polis trafik sendiri hanya boleh mengarahkan pesalah jalan raya mematikan enjin bukan dengan mematikan enjin dengan tangan sendiri.
(3) Tindakan pendakwa juga seperti penjenayah yang ingin menyamun. Ini mengakibatkan perasaan curiga dan boleh menyebabkan saya rasa terancam kerana semasa kejadian saya bersama adik.

7) Pada mulanya soalan saya "kenapa bang?" hanya dibalas dengan perkataan "kau kurang ajar eh". Kemudian saya bertanya lagi dan ketika itu pendakawa mengatakan saya hampir melanggar dia semasa di selekoh tajam. Saya yakin jarak antara dia dan kereta adalah jauh semasa di selekoh. Namun kerana sikap hormat orang yang lebih tua saya terus meminta maaf.
-(1) Jelas semasa kejadian pendakwa gagal mengawal emosi dan kemungkinan dia boleh bertindak dengan lebih agresif ada. Ini mengakibatkan ancaman kepada diri dan keluarga saya.

8) Pendakawa tidak mengendahkan dan terus memaksa saya menyerahkan lesen memandu. Pendakwa juga mengugut untuk membawa saya ke balai namun saya hanya berdiam kerana pendakwa tidak berhenti memarahi saya. Kemudian saya menyerahkan lesen memandu saya.
-(1) Jelas di sini pendakwa masih gagal mengawal emosi.
(2) Pendakwa juga turut membuat ugutan dengan keadaan marah yang menyebakan seseorang berasa gelisah dan tidak selamat. Ini menyalahi hak asasi manusia.
(3) Pendakwa juga ada mencatit butir diri saya berdasarkan lesen memandu. Di sini jelas menunjukan pendakwa boleh memanipulasi butir peribadi diri saya untuk tujuan yang tidak baik sekiranya pendakwa mahu. Tambahan, alamat rumah juga tertera di lesen memandu dan membolehkan pendakwa mendatangkan mudarat kepada keluarga semasa ketiadaan saya.

9) Pendakwa terus mengugut saya dengan memarahi dan mengatakan " kau anak orang kaya kan? / kau orang kaya kan? nanti siap kau nak bayar saman"
-(1) Pendakwa seolah-olah mempunyai niat tidak baik dengan menggunakan ayat ugutan tersebut. (ini dapat dibuktikan oleh adik saya sendiri).
(2) Saya adalah penuntut di Universiti Malaysia Sarawak, sedang membuat ijazah sarjana muda, dan merupakan peminjam PTPTN. Jelas saya bukan orang yang mempunyai pendapatan dan tidak memiliki sebarang aset besar atas nama saya.
(3) Dua orang ahli keluarga saya adalah pemegang kad Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan status Orang Kurang Upaya, ayah dan kakak. Ayah saya mempunyai masaalah Dextroscoliosis manakala kakak adalah seorang yang mempunyai sindrom down minor (ada pengesahan doktor). Ibu saya juga pernah menjalani rawatan kerana penyakit thayroid dan adik lelaki saya juga pernah mendapat rawatan oral therapy kerana mempunyai masaalah komunikasi lisan. Jelas menunjukan pendakwa tanpa asas dan secara melulu mengatakan " kau anak orang kaya kan? / kau orang kaya kan? nanti siap kau nak bayar saman".
(4) Dengan ugutan saman juga menyebabkan perasaan tidak tenteram kerana terpaksa membayar dalam keadaan keluarga yang sebegini.

9) Kemudian pendakwa menyerahkan semula lesen saya lalu terus beredar dengan berpatah balik semula kearah Setiawangsa.
-(1) Cara pendakwa menunggang motorsikal sendri sudah merbahaya kerana terus melulu membuat pusingan U di kawasan tersebut. Kemungkinan pendakwa menyebabkan, atau terlibat dalam kemalangan juga ada.

Tindakan-tindakan pendakwa juga boleh menyebabkan saya hilang tumpuan semasa memandu dan boleh menyebabkan saya terlibat dalam kemalangan. Pendakwa juga menyebabkan keluarga saya berasa terancam dengan ugutan tersebut. (Laporan polis telah di buat pada 20/12/2010 jam 2025 di balai polis Melawati)

Tindakan yang sewajarnya adalah dengan hanya mengambil no pendaftaran kendeaan dan bukanya memaki atau bertindak secara emosi.

Sekiranya pihak pendakwa ingin mempersoalkan integriti dan kredibiliti, pihak pendakwa boleh berhubung terus dengan guru-guru dan rakan saya di sekolah, pensyarah dan rakan-rakan di Kolej Matrikulasi, dan mana-mana badan, pensyarah, dan rakan-rakan saya di Universiti Malaysia Sarawak tentang sahsiah saya.

Pendakwa juga gagal menunjukan sikap yang baik seperti saling hormat menghormati walaupun dengan usia yang jauh lebih tua dari saya dan bertindak secara melulu dengan tidak mematuhi acuan undang-undang sebenarnya. Saya merasakan pendakwa yang sebenarnya layak dikenakan tindakan undang-undang.

Dari sudut pandangan berbeza: Antara Mahasiswa Berpolitik dan Mahasiswa Berhibur by Mohamad Syakir on Friday, 13 August 2010 at 23:57



Tulisan ini ditulis berdasarkan apa yang terjadi dalam kehidupan mahasiswa di ceruk-ceruk pusat pengajian tinggi yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Bukan untuk membangkang atau menyokong, sekadar membayang satu senario yang mungkin mampu membuat pembaca berfikir, dari sudut pandangan berbeza.

AUKU menetapkan bahawa mahasiswa tidak dibenarkan untuk berpolitik. Saya sendiri menonton satu diskusi dimana tetamu yang dijemput ialah mantan NC sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Diskusi berkaitan "Mahasiswa berpolitik". Beliau mengatakan bahawa mahasiswa kini terlalu sibuk dengan ideologi masing-masing dan mudah terpengaruh dengan "cocokan" parti-parti politik. Beliau juga mengatakan mahasiswa tidak matang dan sepatutnya mereka menumpukan kepada pelajaran sepenuhnya. 

Ada pihak yang memandang mahasiswa berpolitik adalah merbahaya dan banyak memberi impak negatif kepada masyarakat dan bangsa. Mereka mengatakan bahawa negara akan kucar kacir akibat sikap extrimis dan radikal mahasiswa. Indonesia dijadikan contoh menunjukan bahawa mahasiswa berpolitik mampu mengancam ketenteraman. Mogok jalanan dan suara-suara mahasiswa dianggap perbuatan sumbang dan wajib disekat walau dengan apa cara sekali pun. Sehingga sampai satu tahap dimana warna rasmi sesebuah parti politik tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan promosi universti!. 

Saya sendiri, mungkin ramai lagi mahasiswa yang tidak matang ini tertanya-tanya, mengapa? adakah paras bahaya mahasiswa politik sama dengan wabak penyakit berbahaya?. 

Jika mereka takut mahasiswa bertindak liar apabila terlibat dalam politik, mengapakah tidak diberi contoh yang baik dari para pemimpin itu sendiri?. Kenapa demokrasi itu hanya perkataan tapi bukan satu realiti? Jika yang "matang" sendiri selalu bergaduh dalam sidang dan terang-terang memberi contoh buruk kepada yang tidak matang bagaimana mahasiswa ini boleh matang? Lawak!

Jadi apa kata kita ubah dan bayangkan jika AUKU menetapkan mahasiswa dilarang berhibur tidak kira apa juga bentuk. Ini kerana hiburan melampau juga sangat merbahaya. Budaya bersosial secara bebas dan tanpa batasan antara lelaki dan perempuan juga mampu memberi impak negetif yang besar kepada negara. Lihat sajalah penyakit sosial yang berlaku di negara kita sekarang. Contoh, buang bayi dikalangan remaja. apa punca utama? Politik mahasiswa kah? 

Mengapa perkara yang berilmiah dan menjana kemahiran kendiri mahasiswa itu sendiri disekat tetapi perkara yang mampu meruntuhkan sahsiah bukan setakat mahasiswa tetapi negara. Negara! Dan ini telah terbukti. Bukan omong kosong tetapi kebenaran yang masih disangkal dan sengaja dikaburkan. Jadi mana lebih wajar disekat jika AUKU dibuat benar-benar untuk memastikan mahasiswa terkawal dan tidak menggugat keamanan negara?.

Dari sudut pandangan berbeza, bukan memberontak atau menuduh pihak itu dan ini salah tetapi mahu pembaca berfikir. Rasionalkah AUKU?. Mahu pembaca berfikir adakah hak diletakan pada tempat yang betul. Jika tulisan ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, mintak maaf kerana ini tulisan mahasiswa tidak matang. Jadi apalah salahnya jika pelajar sains politik yang ditahan kerana terlibat dengan politik dilepaskan kerana mereka tidak matang.