Monday, December 16, 2013

Mari ubah Mahasiswa (Part2)

Ingin saya menyambung penulisan lepas, berkenaan kebimbangan terhadap generasi mahsiswa pasca 50 tahun merdeka. Generasi di mana taraf intelektual mahasiswa Malaysia saya kira mampu melebihi apa yang generasi lepas perolehi. Generasi ini dengan mudah mencari maklumat dan mampu mencari pelbagai jawapan tentang pemasalahan dalam masa yang singkat. Namun masih terbelakang, kotak permikiran yang sempit dan sikap "hidup aku suka aku".

Pernah sekali saya berbalah dengan seorang pendidik, golongan yang saya amat hormati kerana sanggup mengorbankan kudrat demi mencurahkan ilmu. Namun amat kecewa pabila ke-kritisan mindanya amat terhad. Asalnya hanya mengutarakan hasrat untuk bekerja dalam sektor awam. Tetapi di bidas dengan kata-kata sinis kerana selalu membangkang. Saya amat hairan bagaimana golongan pendidik tidak boleh membezakan antara bekerja dengan kerajaan dengan bekerja untuk barisan nasional. Kerja dengan kerajaan bukan bermakna kita tidak boleh mengkritik dasar-dasar penindasan. Kerja kerajaan adalah lebih untuk berkhidmat kepada orang ramai, untuk masyarakat. Walaupun sebagai pegawai penyelidik, namun hasil dari kajian adalah untuk kebaikan masyarakat. Amat sedih dengan keadaan ini. Bagaimana generasi yang prihatin terhadap masyarakat dapat dilahirkan sekiranya pendidik mempunyai akal sebegini?Adakah bersalah kita m. enentang ketirisan, penyelewengan? Pernah saya lontarkan persoalan sebegini namun gagal dijawab dengan berkesan. Hanya jawapan "bersyukurlah" yang mampu diberi! Adakah saya perlu bersyukur sekiranya melihat orang lain hidup susah kerana aktiviti-aktiviti penindasan?

Perkara-perkara sebegini perlu difiikirkan oleh mahasiswa. Mereka wajib sedar terlalu merundum tahap pemikiran dan kewarasan kita. Semakin ramai yang berlumba untuk senang seorang diri. Kita bukan sperma yang berlumba-lumba untuk masuk ke dalam ovum! Kita adalah masyarakat bertamadun yang lahir dengan akal dan perlu dibimbing dengan agama. Teori evolusi masih menjadi anutan generasi kita. Ramai yang sanggup memijak orang lain semata-mata untuk kesenagan. Senario ini tidak sahaja wujud dalam dunia pekerjaan, tetapi turut ada dalam lingkungan kehidupan mahasiswa. Lebih sedih ramai yang tidak sedar!.

Mahasiwa sila bangun dari tidur.

-Bersambung-

Friday, November 22, 2013

Mari ubah mahasiswa!

Revolusi minda pencetus mahasiswa gemilang. Motto barisan majlis perwakilan pelajar Universiti Malaysia Sarawak bagi sesi 09/10. Motto ini terbit dari minda sahabat saya yang juga bekas rakan sebilik semasa di tahun terakhir pengajian ijazah. Asal usul motto ini hanya beberapa orang sahaja yang tahu (terlalu manis untuk dikongsi).

Namun definasi dari motto tersebut amatlah mendalam. Perlu diselami apakah yang perlu di-revolusikan pada minda mahasiswa masa kini. Ini adalah amat kritikal memandangkan keadaan sosio-ekonomi dan sosia-budaya di Malaysia semakin merundum. Sistem sedia ada hanya banyak membawa ke arah kepincangan. Segala idea, pelaksanaan undang-undang, dan penetapan beberapa perkara baharu yang di lihat tidak relevan perlu di patahkan dengan hujah-hujah dan idea segar dari pihak mahasiswa. Oleh itu satu perubahan atau revolusi pemikiran perlu dilaksana bagi melahirkan generasi mahasiswa yang berfikiran kritis dan sentiasa berpatisipasi dengan masyarakat dalam menyelesaikan isu-isu semasa. Rasioanal di sebalik keperluan merevolusikan minda mahasiswa adalah kerana, sekiranya golongan berpendidkan tinggi lahir sebagai generasi yang hanya mementingkan tentang keperluan diri, apa akan terjadi kepada mereka yang kurang berkemampuan. Saban tahun universiti akan melahirkan golongan penindas yang tidak prihatin. Golongan ini juga akan lahir sebagai generasi yang sombong dan tamak. Sekaligus masalah ketirisan akan meningkat setiap hari. Kesanya, jenayah akan semakin berleluasa dan tidak hairan pembunuhan bermotifkan dendam, kecurian, ragut dan pelbagai lagi ancaman-ancaman sosial akan terus meningkat. Adakah pada waktu itu baru mahasiswa yang sudah tua baru tersedar? 

Keadaan kini menunjukan ramai anak muda yang berlegar dalam kawasan institusi pengajian tinggi dengan status sebagai pelajar masih tidak matang dari segi pemikiran. Mereka hanya meletak target untuk lulus dalam peperiksaan, supaya hidup senang di masa akan datang, mencari pendapatan tambahan dan tak lupa juga ada yang ingin segera menjadi kaya. Saya tidak mengatakan bahawa salah untuk berfikiran sebegitu namun adakah mencukupi bentuk pemikiran sebegitu dengan kapasiti kita sebagai mahasiswa? Tidakah kita merasa pemikiran sebegitu hanya untuk kepentingan diri sendiri dan membiakan keadaan sekeliling bertambah tandus tanpa kehadiran kita untuk cuba menyelsaikanya? Yang lebih menyedihkan, mereka hanya sibuk menanti episod Running man, bergelak tawa, atau bermain game tanpa langsung tidak sedar masalah yang membarah dalam masyarakat mungkin akan menjangkiti mereka.  

Selain itu juga, saya tertanya adakah kita masih mahu melihat mahasiswa di universiti tempatan kalah dalam pelbagai aspek seperti memberi idea yang inovatif.  Sedangkan mahasiswa di hujung gurun sahara telah mampu menghasilkan pelbagai rekaan inovasi yang membantu menyelesaikan masalah setempat. Apa pula mahasiswa kita hasilkan? Adakah membantu masyarakat kita? Apa yang menjadi fokus utama mahasiswa kita adalah hiburan hiburan dan hiburan. Saya amat tidak faham adakah masuk universiti hanya untuk pecah rekod bersenam tanpa berhenti? Sila buka mata wahai orang-orang yang punya CGPA lebih tinggi dari saya. 

Seterusnya di pihak wakil pelajar, kebanyakanya masih berbincang isu-isu dalaman kampus, masalah bas masalah jalan masalah lorong basikal masalah kerusi patah dan sebagainya, yang sepatutnya hanya perlu diutarakan kepada pihak pentadbiran dan diselesaikan oleh mereka. Kerana memang itu tugas pentadbiran dan wakil pelajar perlu lebih tegas supaya masalah-masalah remeh ini tidak menjadi pencuri masa anda untuk membawa mahasiswa ke tahap yang lebih tinggi. Wakil pelajar perlu berfikiran lebih agresif dalam memacu mahasiswa supaya lebih berfikir ke-arah menyumbang kepada pembangunan negara. Mereka perlu sedar bertanding dan menang itu jauh lebih mudah dari menjalankan amanah sebagai pemimpin. Apabila telah mendapat portfolio sebagai wakil pelajar, anda perlu sedar bukan perkara enteng yang menjadi objektif anda dalam memimpin mahasiswa. Cuba kurangkan elemen hiburan sia-sia dalam kampus dan cuba untuk mengubah sikap mahasiswa kini untuk berfikiran jauh.

Saya juga berharap nafas baharu diberikan kepada pergerakan pelajar era "student union". Kurangkan elemen provokasi dan jalankan satu tindakan yang lebih senyap, teratur dan berkesan.  

-bersambung


Monday, November 4, 2013

Nak sambung MASTER/PHD? (Panduan simple untuk lepasan undergraduate)

Amaran: Panduan ini adalah amat "simple". Hanya cukup untuk induce pemikiran anda. Dan penulisan ini tidak di'ilmiah'kan bagi memudahkan proses berfikir. Sebarang penambahn info adalah digalakan


Sambung pengajian lepas dapat degree ada banyak pro dan tak lupa jugak banyak cons. Tapi itu bukan perkara pokok. Yang penting minat dan keyakinan! (dan cukup pointer kalau nak sambung... hihi)

Kebanyakan universiti tempatan letak 2.75~3.00 sebagai cgpa minima untuk diterima bagi melanjutkan pengajian ke peringkat MASTER dan FIRST CLASS DEGREE untuk sambung terus ke peringkat PhD. Jadi siapa2 yang berminat perlu terlebih dahulu semak syarat2 yg ditetapkan oleh universiti. Boleh rujuk terus laman sesawang universiti dan lihat bahagian PASCA-SISWAZAH. Jangan risau sekiranya pointer anda terlalu rendah. Senat masih mampu memberi kelulusan sekiranya memenuhi syarat2 yang mereka tetapkan.


Seterusnya apa yg perlu anda tahu adalah mod pengajian. Untuk peringkat master ada tiga, penyelidikan; kerja kursus dan campuran (ada projek ada kelas). Sekiranya sudah bosan dgn kelas dan berminat untuk menjalankan penyelidikan secara berdikari anda boleh memilih mod penyelidikan. Dan sekiranya anda gusar untuk bergerak sendiri, sila lah menjerumuskan diri anda dengan mod kerja kursus. Caranya sama seperti kelas degree, cuma assignment extravaganza lebih mencabar.. (dah name pun master). Dan untuk campuran bermaksud anda campur dua2.. 

Bagi mod penyelidikan, secara ringkasnya langkah pertama yang perlu diambil adalah memilih calon penyelia dan tajuk penyelidikan. Penyelia atau supervisor atau boss adalah amat penting bagi memastikan anda siap master anda dalam masa yang singkat, reseach tidak ke laut atau padang pasir, dan manfaat2 sebagai pelajar pasca siswazah dapat anda nikmati. Pilih boss yang mampu memberi bimbingan dan panduan semasa anda menjalankan penyelidikan. Lebih baik sekiranya boss anda mempunyai geran penyelidikan yang mampu membiyai keseluruhan projek tanpa perlu anda mengeluarkan se sen pun duit dari dompet kering anda. Sesetengah penyelia mempunyai geran yang boleh digunakan untuk membayar elaun kepada pelajar dan orang seperti ini perlu dicari.... Banyak2 berbincang dengan bakal boss tentang keperluan yang perlu anda sediakan. Paling mudah adalah dengan bekerja sebagai pembantu penyelidik dan melihat sendiri potensi kajian dan ke'ngam-man' anda dengan gerak kerja bakal supervisor.

Perkara kedua paling penting adalah kajian apa yang hendak dijalankan?. Lebih molek kajian yang akan dijalankan adalah bersangkut paut dengan apa yang anda telah belajar dalam peringkat degree. Ini bagi memastikan perjalanan projek tidak dipenuhi dengan kesilapan dan ke'nga-nga-an' akibat tidak ada asas atau latar belakang yang kukuh tentang kajian yang dijalankan. (Macam aku...). Ingat master adalah platform untuk anda mendapat lesen untuk menjalankan lebih banyak kajian! Bukan pentas untuk buat kajian yang mungkin siap 10 tahun. Pastikan tajuk berpatutan dengan peringkat Master. Objektif kajian perlu jelas supaya tidak banyak perubahan yang perlu di buat. Pekara ini juga perlu banyak dibincang bersama supervisor dan rakan2nya.. 

Sekiranya anda risau tentang masalah kewangan, anda boleh buat pinjaman pendidikan dengan PTPTN!!!!
(Oh lupekan...) Pilihan terbaik untuk penyelesaian masalah kewangan adalah biasiswa. Kini terdapat pelbagai tawaran biasasiswa dari pelbagai pihak sepeti kementerian pengajian tinggi (kini Kementerian Pendidikan) dan lain-lain syarikat koperat. Rajinkan diri anda untuk mengisi borang permohonan dan InsyaAllah ada rezeki anda belajar free serta bergaji!. Jangan ulang kembali diet anda semasa degree.. Sambung pengajian adalah masa menaikan berat badan serta mengugurkan rambut...


-Sekian, menyambung belajar SPSS-

Wednesday, October 30, 2013

Peranan makcik pakcik yang ada anak nak bernikah


"Nak nikah? Gatal. Belajar tak habis ade hati nak kahwin..."

Ini adalah jawapan normal dan sangatlah lazim keluar terutamanya dari mak-mak kepada anak bujang yang tak sabaq-sabaq nak membina "masjid".

Selalu aku dok tulis pasal politik tetiba rasa nak kongsi pendapat pasal peranan ibu bapa yang ada anak-anak nak kahwin. Sakit hati asyik fikir implikasi GST kepada kelangsungan akhlak masyarakat lepas ni. 
p/s: dan ini gara2 data tikus aku yang berlambak-lambak. haih.... 

Wahai ibu bapa seluruh dunia, jika anak mu berniat sebegini murni.. bantulah mereka. 

SEBAB APA?

Paling utama nak bagi elak zina. Kalau makcik pakcik sayang anak2.. tak nak anak2 terjerumus.. kasi setel cepat2.. Anak2 lagi tenang nak beribadah kalau dah nikah. yang lelaki takde la ke laut solat diorang yang perempuan ade la imam nak solat. Lagipun tak nak ke anak2 tu sempurnakan sebahagian iman, sahut sunnah besar.. Haa.. tak nak timang cucu awal2? nak tunggu umur 60 baru nak ada cucu? Pahala semua2 tu..tak payah tiap2 hari tatap paper kes buang baby. Zaman sekarang budak umur 12 tahun pun da pakar jurusan kejuruteraan pembuatan bayi. dengan kepujian lagi!

Kalau risau pasal masalah kewangan anak2, dari dok sindir2 anak tu tak mampu, kenapa tak pakcik makcik bantu? Bukan maksud saya tanggung anak-anak tu dari majlis mula sampai anak2 dia sekolah, tapi sebagai ibu bapa bantu lah dari segi moral. Sekurang-kurangnya bagi idea untuk anak2 dapatkan duit lebih, tunjuk ajar macam mana uruskan wang dengan berhemah, bantu anak buat persiapan untuk kahwin. Lagi elok kalau ada peluang untuk anak2 jana pendapatan melalui kenalan2 pakcik2 dan makcik2 lagi bagus. Tengok lah Pakcik2 menteri tu.. walaupun songlap duit rakyat tapi baguslah jugak bagi peluang kat anak2 untuk kaya gak. (Ok bukan contoh yang baik).

Zaman sekarang tak sama macam dulu makcik2 pakcik2.. Kos sara hidup mengila khinzir saban hari. Ye saban hari bukan saban minggu saban bulan atau sesaban dengan nye. Zaman dulu habis degree majikan datang universiti buat karnival kerjaya. Peluang kerja tu ade je.. Orang pandang tinggi budak2 u zaman dulu. Persaingan tak banyak. Sekarang bersepah-sepah budak degree. Kadang2 ade degree pun nganga tak ade keje. lambung2 motar sekarang tak macam lambung motar zaman dulu. Meskipun zaman dulu sekali konvo bpe keping gamba je bole dapat, compare dengan sekarang belum konvo lagi da beribu gamba upload dlm internet. Tapi hakikatnya nak dapat kerja tu cabaran besar!. Cube kire harga rumah harga kereta zaman sekrang macam mana?. Makcik pakcik yang gaji beribu riban pun kadang2 rase perit inikan anak2 pakcik yang dapat je scroll ijazah ade "ah long" berlesen hantar surat mintak bayar duit balik. (Ops bukan lepas konvo, sebelum konvo dah dapat surat ceti halal). Kasihanlah kat anak2. Bukan mintak dimanja tapi mintak difahami yang realiti hidup zaman dahulu kala dah tak sama macam sekarang.

Lagi2, cabaran bercinta zaman sekrang, compare dengan dulu, bercinte pun surat menyurat.. Rindu pendam dalam kalbu. Dah terlatih untuk menunggu.segan silu.. shy shy cat.. Zaman la ni bukan setakat surat, anak pakcik boleh tengok awek atau boypren dia lambai2 kat telefon tangan. Senang bangat nak buat dosa.. Makcik pakcik suke? Kalau suke bior kan... nanti akhirat kasi jawab ye..

Kadang2 makcik2 pakcik2 tak sedar betapa tersiksa nya moral anak2 bile die teringin nak bina hidup sendiri tapi makcik2 pakcik2 hujankan mereka dengan kate sinis, kate2 tangguh.. Sedarlah bina rumah tangga ni ibu bapa kene sokong macam anak2 nak masuk universiti, nak belajar pandai2. Bende baik yang sangat2 baik. Makcik pakcik kene percaya perkahwinan tu buka lebih banyak pintu rezeki untuk anak2. Tak nak ke tgk anak2 dikurnia rezeki melimpah ruah?

Kalau tak yakin dengan kematangan anak2, agak2 sapalah yang didik sampai makcik pakcik sendiri tak yakin dengan kematangan diorang. Haaaa.. saya tak menuduh makcik pakcik tak reti didik anak, tapi cubalah renungkan. Kadangkala anak2 nampak satu benda yang lagi jauh dari ibu bapa. dan kadang2 anak2 tak tunjuk kematangan diorang kat depan ibu bapa. Norma hidup tu. Ibu bapa yang kene sedar sebab tu anak2 korang! Dan kalau pasti anak2 tu jenis budak2, nasihat baik2 dan doa supaya dengan perkahwinan tu anak2 bole jadi lebih matang. Tak susah. sampai bile nak jage anak2 yang dah tua bangka.

Akhir sekali, sebagai ibu bapa kene fikir lebih untuk anak2 umur puluh2 yang tak kahwin2 lagi. Kalau boleh sediakan mereka awal2. Nak buat macam mane.. anak2 tu memang amanah Allah untuk dibimbing. Haha. Lupakan adat2 yang meremehkan, bukan anak sultan pun nak adat istiadat lebih2. kalau kaye pun baik sedekah buat amal jariah dari bazir nak bermegah2. Kalau terer ekonomi, pergi ajar anak2 pasal ekonomi!. Bagi pandangan secara berhemah.

Dan untuk pasangan muda, saya salute sama korang dan parent korang yang berjaya didik korang, bantu korang, yakin dengan korang dan sama2 sahut seruan "janganlah kamu mendekati zina" dengan kadar segera.  

~Sekian, saya menyambung kerja..~ 




Thursday, October 24, 2013

KELAMAHAN SISTEM UNDI DAN DEMOKRASI

Biasanya sedikit jumlah orang yang berilmu, yang bakal memikul amanah untuk memimpin. Mereka yang berilmu dan tulus inilah yang seharusnya membentuk jemaah untuk menetapkan sesuatu termasuk memilih pemimpin. Apa jadi jika murid memilih guru? Rakyat biasa yang ramai tetapi jahil diberi amanah memilih pemimpin? Bolehkah kita dapat pemimpin yang baik? Gembala pimpin lembu atau lembu pimpin gembala jadinya?

Kerap kami katakan bahawa Sistem Demokrasi dan UNDI tidak akan mampu menegakkan Islam. Itu juga turut disentuh dalam ayat di atas, mengundi dengan anak panah (QS 5:3) itu bukan sekadar macam budak-budak main o-som, atau tikam nombor ekor. Ia ada kaitan dengan strategi membentuk kerajaan. Ia ada kaitan dengan kesan perjudian, memecah belah, melalaikan, mengagung-agungkan calun (al-Latta) dan sebagainya (baca juga QS 5:90,91).

Bukan mudah untuk menjelaskan isu ini dalam bentuk artikel. Apapun kami tutup ulasan ini dengan Firman Allah, Surah 2. Al Baqarah (surah Lembu Betina),

2. Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, 

3. mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka. 

4. dan mereka yang beriman kepada Kitab yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya akhirat. 

5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. 

Yang tersebut di atas adalah golongan yang menerima petunjuk dan meyakininya melalui iktikad hati dan perbuatan. 

Ayat berikut ini pula golongan yang mendapat petunjuk yang sama, mengaku beriman dan percaya akhirat, tetapi tidak mahu membuktikan melalui perlaksanaan. Inilah bukti mereka menipu, memperolok dan memperbodohkan Allah. Inilah hakikat kafir yang sebenarnya, sudah dapat ilmu, mengaku Islam tapi enggan melaksana.

6. Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman. 

7. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. 

8. Di antara manusia ada yang mengatakan: "KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN," PADA HAL MEREKA ITU SESUNGGUHNYA BUKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN (inilah dia kafir yang sebenarnya).

9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. 

10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. 

11. Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." 

12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. 

13. Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu. 

14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok." 
15. Allah akan olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka. 

16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. 

sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152299493782786&set=a.201867952785.170933.176792972785&type=1&ref=nf

Mati ditembak? Mana? Malaysia.. Oh.. Aman lagi?

Saban hari di Malaysia, kes pembunuhan makin menjadi rutin harian. Rutin yang orang ramai mungkin sudah lali. Saban hari juga rakyat tertanya-tanya, apakah punca jenayah seperti ini berlaku dan bilakah kita akan jumpa titik noktah untuk pelbagai siri tragedi berdarah.

Saya memandang ini sebagai satu perkara yang amat kritikal. Ini umpama barah dalam masyarakat dan perlu segera di tangani. Ini bukan lagi melibatkan geng kongsi gelap, malah pihak yang diberi tanggungjawab kini adalah salah seorang dari penjenayah.

Sesetengah masyarakat masih mampu untuk tersenyum melihat kejadian-kejadian seperti begini, dan ada juga yang mencari gambar-gambar kes pembunuhan semata-mata hanya kerana mahu menguji ketahanan diri!. Tidak lupa para pengkaji paranormal yang segera ''menyiasat'' lokasi kejadian.

Kadang-kadang kita hairan mengapa proses ke'binatangan' ini terlalu cepat berlaku. Adakah pihak pemerintah, pihak penguatkuasa, pengurus undang-undang dan pelbagai lagi pihak bertanggungjawab gagal menjalankan tanggungjawab? Tidak kah suara rakyat yang mengatakan sistem perundangan dan pentadbiran negara terlalu lemah terus wajib di bisukan?

Adakah Pak Menteri masih bisa memberi jawapan "jika hendak selamat, keluar dari Malaysia"?. Dan si "Prima" masih lagi sibuk membawa berita-berita palsu.

Apa yang jelas, tekanan hidup masyarakat Malaysia semakin meningkat. Dan secara tidak langsung kadar jenayah meningkat, akibat tekanan ekonomi yang berhasil dari kegagalan institusi-institusi yang diberi amanah. Namun saya hampa masih ramai, walaupun belajar sehingga ke menara gading, masih buta dan tuli untuk melihat senario ini. Mereka masih terus konon nya berdiri dibelakang kerajaan mempertahankan isu kalimah yang kadang-kadang mereka sendiri tidak tauhidkan.

Adakah kita masih mampu melihat, duit hasil negara, dibelanjakan oleh golongan elit dan pemerintah untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah. Sedangkan masih ramai lagi yang kebuluran sehingga terpaksa mencuri tabung masjid untuk terus hidup! Adakah kita sedar lebih ramai ibu yang tidak berdosa bakal menjadi mangsa kerana kegagalan kita untuk berfikir. Adakah kita sedar rakyat bawahan berhempas pulas membanting tulang yang akhirnya hasil titik peluh itu masuk kedalam poket golongan penindas? Adakah kita akan terus menebarkan karpet merah untuk golongan yang menjadi punca utama tragedi darah merah yang kerap kali berlaku?

Tolong.

Mohon esok lusa tulat dan seterusnya tidak ada lagi berita pembunuhan di Malaysia.

P/s: Tulisan ini ditulis selepas sehari pembunuhan pegawai bank dan beberapa jam selepas pembunuhan dua orang di LRT Taman Melati.

Sekian